Monday, March 5, 2012

VID01056.mp4 felt rose



Boleh cuba buat......nampak cam senang jer....terpaksa tunggu beg ku ler ....semua harta karun kat dalam tu...adoiii ...bila la beg ku akan sampai ke tangan... 

Wednesday, February 29, 2012

Hilangkan Sakit Kepala Tanpa Ubat......




1. Minum Air Kosong/ Air limau purut/ Teh
Kemungkinan badan anda dahaga (dehidrasi). Jadi kembalikan keperluan cecair badan dengan minuman terbaik, air kosong atau jika mahu sedap, air limau purut atau teh. Minum dua atau tiga gelas air kosong seteguk-seteguk, rehat.

2. Bernafas Lebih Efisien Sambil Tutup Mata
Satu kajian menunjukkan kurang 50% penduduk dunia benar-benar bernafas secara 'betul'. Kemungkinan sakit kepala berlaku akibat kekurangan oksigen. Jadi tenangkan diri, bernafas dalam-dalam buat seketika sambil pejamkan mata (rilekskan otot mata punca sakit kepala).

3. Spa/ Stim/ Mandi air panas
Berendam dalam air panas atau dapatkan rawatan stim dalam beg stim yang boleh dibeli di pasaraya untuk kegunaan dirumah. Atau kunjungi bilik spa berdekatan untuk mendapatkan rawatn stim.

4. Picit/ Urutan kepala
Ambil tuala kecil, basahkan dengan air dingin. Tekan-tekan tuala secara lembut di bahagian kepala dan leher belakang. Cara ini dapat mengurangkan tegangan yang berlaku di sekitar kepala.

5. Meditasi/ Tidur
Cara paling mudah dan berkesan. Tutup lampu/langsir/televisyen dan lain-lain, berehat dan tidurlah dengan aman.

Lain-lain tips berguna dalam mengurangkan dan menghilangkan sakit kepala secara semulajadi tanpa ubat-ubatan:

1. Tips Hilangkan Sakit Kepala 
Bahan-bahan
- Segenggam Asam
- Secawan Santan

Cara-caranya:
- Tapis perahan Asam dan Campurkan bersama Santan
- Lumurkan keseluruh kepala
- Bungkuskan kepala dengan tuala hingga kering
- Setelah selesai, Bersihkan rambut dengan air dan syampu.

2. Tips Hilangkan Sakit Kepala
Bahan-bahan:
- Daun bunga raya

Cara-caranya:
- Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas bersama 3 gelas air. 
- Letakkan di atas kepala selama 1/2 jam


3. Tips Hilangkan Sakit Kepala 
Bahan-bahan:
- Diri Sendiri

Cara-caranya:
- Senaman ringan. 
- Duduk dan luruskan kaki. 
- Cuba capai ibu jari kaki dan luruskan belakang.

RESEPI APAM POLKADOT/DOT DOT

Bahan-Bahan :


- 3 biji telur gred A (dr peti sejuk)


- 1 cawan gula


- 1 sudu teh ovallette

- 1 penutup botol esen vanilla/pandan/oren/ros ikut citarasa

- 250 g tepung gandum (3cwn)

- 3 sudu teh baking powder

- 150 ml susu segar (1 cwn)

- pewarna mengikut kegemaran

- filling secukupnya (strawberry/blueberry/choc/sekaya dll)


Cara-Cara :

- ayak tepung dn baking powder...ketepikan

- satukan telur, gula,ovallette dn esen...putar dgn mixer hingga kembang dn berkrim

- masukkan tepung yg tlh diayak tadi berselangseli dgn susu sehingga habis...kacau sebati

- bahagikan adunan kpd beberapa bhgn dn titiskan warna kegemaran

-masukkan ke dlm plastik bag...gunting hujung

- picit adunan hingga 1/2 bhgn ppcup

- picitkan pula filling (pun sy letak dlm plastik...gunting hujung)

- picitkan lg adunan yg sama sehingga penuh ppcup

- dot2 kan dengan warna yg berlainan

- kukus selama 10 - 15 min

Sakit ketika Menstruasi
Sakit ketika datang haid atau menstruasi adalah satu masalah yang biasa dialami oleh wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja.
Sebahagian wanita akan merasakan sakit yang amat ketika mendapat menstruasi. Tidak terkecuali saya sendiri.
Selain daripada memakan ubat-ubatan seperti Paracetamol dan meminum pelbagai rempah-ratus yang dicadang oleh nenek kebayan, adakah cara lain untuk mengatasi masalah sakit ketika datang haid ini?
 Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda,
“Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah”
(Riwayat Muslim dan Ahmad).
Jadi apa kata kita lihat cara-cara untuk melegakan sakit ketika menstruasi tanpa perlu meneguk ubat-ubatan, herba dan vitamin tertentu atau pun mengeluarkan peti pertolongan cemas dalam rak tepi dapur korang tu seperti di bawah. Orang tua-tua kata, secara alami.
1. Ketika senggugut menyerang, berbaringlah dengan rileks dan gosok secara lembut perut di bahagian bawah terutama di sekitar bawah pusat dengan mengikut arah jam selama 15 minit.
2. Gosokkan kedua belah tangan hingga terasa panas, kemudian letakkan tangan yang di perut bahagian bawah, tepat di bawah pusat. Urut secara menegak kemudian ke kiri dan ke kanan. Setelah itu gosok mengikut arah putaran jarum jam. Lakukan proses ini berulangkali dengan kedua tangan secara bergantian selama 15 minit atau sehingga kesakitan senggugut berkurangan.
3. Hindari sebarang olahraga yang berat ketika ini. Untuk kesan yang lebih baik, jauhi makanan yang tinggi kandungan garam dan berkafein.
4. Kalau dah sakit tu, bawa-bawalah beristirehat dan tidur. Jangan seharian duk menghadap blog je. Rehat yang cukup sebenarnya mempercepatkan proses penyembuhan.

DIET (CARA MAKAN) RASULULLAH SAW:

TIPS ELAK SAKIT PERUT SEPANJANG HAYAT


Amalan pemakanan seharian kita sebenarnya sangat mempengaruhi sistem dalam badan kita. Cara pemakanan yang salah mengundang pelbagai penyakit seperti kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit.
Berikut adalah diet pemakanan Rasullulah SAW. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah S.A.W tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.
Jangan makan gabungan makanan berikut:
Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU, contohnya KOKTEL
Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. karena akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merusak usus kita.
CARA MAKAN
1. Jangan makan buah setelah makan nasi. Sebalikya, makanlah buah sebelum makan nasi.
2. Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
3. Jangan sesekali tinggal makan malam.
Barang siapa yang tinggal makan malam, dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda.
Al-Quran juga mengajarkan kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan berikut:
1. Mandi pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit.
Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk..
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi.
Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa).
Akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.
4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.
Ahli saintis telah menemukan bahwa enzim banyak terkandung di celah jari jari (10 kali ganda dari enzim yang terdapat dalam air liur). Enzim adalah sejenis alat percernaan makanan.
Sama-samalah kita mengamalkannya. Nampak memang sulit tapi, cubalah. Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek tetapi apabila kita sudah tua nanti.