Wednesday, February 29, 2012


Sakit ketika Menstruasi
Sakit ketika datang haid atau menstruasi adalah satu masalah yang biasa dialami oleh wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja.
Sebahagian wanita akan merasakan sakit yang amat ketika mendapat menstruasi. Tidak terkecuali saya sendiri.
Selain daripada memakan ubat-ubatan seperti Paracetamol dan meminum pelbagai rempah-ratus yang dicadang oleh nenek kebayan, adakah cara lain untuk mengatasi masalah sakit ketika datang haid ini?
 Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda,
“Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah”
(Riwayat Muslim dan Ahmad).
Jadi apa kata kita lihat cara-cara untuk melegakan sakit ketika menstruasi tanpa perlu meneguk ubat-ubatan, herba dan vitamin tertentu atau pun mengeluarkan peti pertolongan cemas dalam rak tepi dapur korang tu seperti di bawah. Orang tua-tua kata, secara alami.
1. Ketika senggugut menyerang, berbaringlah dengan rileks dan gosok secara lembut perut di bahagian bawah terutama di sekitar bawah pusat dengan mengikut arah jam selama 15 minit.
2. Gosokkan kedua belah tangan hingga terasa panas, kemudian letakkan tangan yang di perut bahagian bawah, tepat di bawah pusat. Urut secara menegak kemudian ke kiri dan ke kanan. Setelah itu gosok mengikut arah putaran jarum jam. Lakukan proses ini berulangkali dengan kedua tangan secara bergantian selama 15 minit atau sehingga kesakitan senggugut berkurangan.
3. Hindari sebarang olahraga yang berat ketika ini. Untuk kesan yang lebih baik, jauhi makanan yang tinggi kandungan garam dan berkafein.
4. Kalau dah sakit tu, bawa-bawalah beristirehat dan tidur. Jangan seharian duk menghadap blog je. Rehat yang cukup sebenarnya mempercepatkan proses penyembuhan.

No comments:

Post a Comment